Mudahnya manusia dapat dosa kering – Ruhainies

MINDA anda penuh dengan anasif negatif.”

Demikian kata pelakon Ruhainies yang kecewa dengan sikap segelintir pihak yang mudah membuat spekulasi terhadap hantaran dimuat naik dalam media sosial tanpa usul periksa.

Kata pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, video dikongsikan itu hanya sesi doa sebelum penggambaran babak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi drama dibintanginya bersama Aliff Aziz, Terjerat.

Dalam tempoh kurang 15 minit saya muat naik, video sudah tular di TikTok, Instagram dan Facebook sekali gus menunjukkan betapa teruknya mentaliti kita.

“Itu adalah video berdoa sebelum mula bekerja dan menunjukkan dunia ini terlalu tenat, penuh fitnah serta banyak berita palsu yang mudah media gula-gulakan kepada netizen tanpa usul periksa demi mengejar tontonan.

“Anda boleh saksikan kru produksi ada di mana-mana bersama ‘walkie talkie’ dan semua orang tahu kami sedang dalam penggambaran drama bersama,” katanya.

TANGKAP Layar luahan kecewa Ruhainies terhadap segelintir pihak yang terlalu mudah membuat spekulasi .

Dalam kenyataan sama, Ruhainies menasihatkan orang ramai supaya menjaga lisan sempena bulan puasa yang mulia.

Bintang sensasi itu juga berharap agar mentaliti cepat serkap jarang dapat diubah supaya sama-sama menjadi insan yang lebih baik.

Mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering. Jaga lidah dan lisan, kita berada di bulan Ramadan.

“Mohon muhasabah, pesanan untuk diri sendiri juga. Semoga doa yang baik atau sebaliknya berbalik kepada anda juga,” katanya.

Semalam, video dikongsikan Ruhainies mengundang salah faham ramai apabila menyangka dia dan Aliff bakal mengerjakan umrah.

Ini berikutan aktres terbabit dilihat mengenakan jubah putih dan bertudung manakala suami kepada Bella Astillah itu pula memakai kurta warga senada berdiri di sebelahnya sambil membaca doa.

Sejak terbabit dalam kes tangkapan khalwat dengan Aliff pada 9 Mac lalu, setiap hantaran dimuat naik selebriti sensasi itu mengundang perhatian netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok