TEGAS dan tiada lagi kompromi, syarikat pengurusan kumpulan Riize, SM Entertainment bakal mengambil tindakan undang-undang ketat termasuk saman terhadap pemfitnah yang melontarkam dakwaan tidak berasas terhadap artis naungan mereka.
Setiap komen jahat dan hantaran berunsur penghinaan serta provokasi akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan.
Terlalu banyak fitnah, kami menyedari sepenuhnya situasi itu dan sedang menyemak data yang dikumpul untuk memastikan pesalah dihukum melalui tindakan undang-undang tanpa sebarang kompromi atau kelonggaran.
“Siasatan sudah pun dijalankan dan ingin kami tegaskan bahawa benar semua individu berhak bersuara, tetapi lain ceritanya jika berita yang disuarakan itu adalah palsu dan fitnah.
Jadi, sila berhati-hati dalam memberikan komen kepada isu yang tidak pasti kesahihannya,” tegas wakil SM Entertainment.
Tindakan itu susulan gambar anggota kumpulan Riize, Anton berpegangan tangan dengan seorang wanita yang tersebar dalam media sosial. – HIBGLAM