Lisa ‘mendunia’, bakal duet dengan Tyla

SETELAH didakwa ‘sendu’ dan seperti sudah hilang taring, nama anggota kumpulan Blackpink, Lisa kembali menghangat apabila dikatakan bakal muncul dengan lagu duet bersama pemenang anugerah Grammy, Tyla.

Sebelum ini, Tyla pernah berkongsi video beramah mesra dengan Lisa menerusi akaun Instagramnya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi bahawa mereka akan bekerjasama dalam sebuah lagu projek istimewa.

Enggan berdalih, spekulasi tersebut kemudian disahkan Tyla sendiri dan mengakui kini sedang berbincang dengan Lisa untuk menghasilkan lagu bersama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok