Lisa kian ‘sepi’

Dilihat kurang aktif dan jarang memuat naik video tarian, peminat Lisa meluahkan rasa rindu untuk melihat anggota Blackpink itu mempamerkan aksi lincah seperti dulu-dulu.

Malah, terdapat segelintir peminat berpendapat kemilau penyanyi asal Thailand itu semakin malap selepas anggota kumpulannya masing-masing rancak menguruskan kerjaya solo,

Lama sebenarnya kita tak lihat Lisa menari selincah dulu, rajin muat naik video dan nampak kecintaan mendalam dia terhadap dunia muzik. Sekarang tak ada khabar berita, entah apa perancangan seninya selepas ini,” komen netizen.

“Kalau berterusan tanpa lagu baharu dan tidak kemas kini aktiviti seninya, nama Lisa akan kian tenggelam. Apatah lagi dengan lambakan idola muda. Ayuh! Cepat bangkit,” demikian komen seorang peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok