Lim bahagia dengan suami sempurna

EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, bekas anggota kumpulan Wonder Girls, Lim mengakui bahagia di sisi suami tercinta yang melengkapi hidupnya.

Ujar wanita berusia 32 tahun itu, kehadiran belahan jiwanya itu banyak mengajarnya erti tanggungjawab dan yakin bahawa suami sempurna itu wujud.

“Saya sangat bahagia setakat ini, suami melayan saya bagaikan permaisuri. Empat tahun penuh makna.
“Tidak mengharap lebih, moga kemanisan dalam hubungan ini berpanjangan sampai bila-bila,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual.

Lim berkahwin dengan Shin Min-cheol yang juga merupakan atlet taekwondo pada 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2022.

Usia suami yang enam tahun lebih tua daripadanya membuatkan Lim cepat matang dan tidak mudah melatah hanya disebabkan hal remeh.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok