BAKAL menantu mak cik pun bagi tanda suka pada hantaran ini.”
Demikian sindiran netizen selepas menyedari pelakon Ruhainies memberikan tanda suka pada hantaran Instagram ibu penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil beberapa hari lalu.
Selain Ruhainies, anak lelaki sulungnya turut memberikan tanda suka terhadap hantaran sama.
Bakal menantu. Mak cik pun tak lagi follow (mengikuti) Instagram Bella dan terus follow Instagram Ruhainies. Dulu tak begitu pun,” kata seorang netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Hafiza memuat naik sepotong ayat iaitu ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya Allah sahaja menutup aibku.’
Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut meninggalkan kapsyen bahawa Allah mengetahui apa yang terjadi kebelakangan ini.
Allah Maha Mengetahui. Kalaulah ramai yang mengetahui apa yang kami tahu.
“Insya-Allah, Allah maha Adil. Amin,” katanya ringkas.
Sebelum ini, Hafiza didakwa sudah tidak mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella Astillah.
Bagaimanapun, semakan HibGlam mendapati Bella masih lagi mengikuti ibu mentuanya dalam media sosial.
Hafiza yang juga ibu kepada tiga anak dilihat aktif memuat naik kata-kata nasihat berkaitan dugaan kehidupan selepas Aliff terjebak kontroversi ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu. – HIBGLAM