“KALAU dah nama lelaki, sampai mampus pun orang akan tetap salahkan.”
Demikian luahan pelakon Sharnaaz Ahmad dalam hantaran media sosialnya yang mengundang tanda tanya ramai.
Tidak menjelaskan butiran mengenai kenyataan dibuat, sebaliknya duda terhangat itu menekankan setiap tindakan lelaki pasti tetap dipersalahkan dalam apa jua situasi.
Menurut pemilik nama lengkap Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, netizen juga pantas membuat andaian sekiranya kaum Adam mula menunjukkan kemarahan.
“Tapi orang tak akan pernah tanya kenapa dia (lelaki) marah atau buat macam tu,” ujarnya lagi dalam hantaran sama.
Begitupun, Sharnaaz tidak ketinggalan mengingatkan golongan lelaki agar berpegang kepada prinsip.
Hey kawan, teruskan biar mati kita bermakna satu hari kelak. Salam Ramadan,” tulisnya lagi.
Hantaran dikongsikan menunjukkan gambarnya dengan gaya potongan rambut terkini yang turut meraih pujian pengikut.
Cuma kata-kata dititipkan pada keterangan foto lebih membangkitkan fokus netizen yang rata-rata mengaitkan perkara terbabit dengan kisah hubungannya bersama pelakon, Amelia Christie.
“Wanita sentiasa benar mamu,” tulis seorang pengikut Instagram aktor terbabit.
“Betul. Satu kertas putih, diletakkan satu titik hitam. Bila tengok akan nampak satu titik hitam saja, sama juga dengan manusia, kebaikan seolah satu kertas putih itu. Banyak tapi yang nampak satu titik hitam tu kesalahan. Kita usaha cuba jadi terbaik tapi tetap kelemahan yang nampak,” kata seorang netizen.
Terbaharu, Amelia, 24, mengesahkan kini berstatus solo, sekali gus menamatkan teka-teki hubungan dengan Sharnaaz yang sememangnya sudah berakhir.
Sebelum itu, timbul dakwaan pasangan terbabit berdepan masalah apabila mereka saling ‘unfollow’ akaun Instagram masing-masing, namun hal tersebut dinafikan Sharnaaz. – HIBGLAM