Lee Jae-wook, Karina hangat bercinta?

Tiada angin tiada ribut, media sosial meledak dengan khabar angin mengenai pelakon tampan Lee Jae-wook yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan Aespa, Karina.

Menurut sebuah laporan, kedua-dua bintang pujaan ramai itu difahamkan semakin intim selepas menghadiri pertunjukan fesyen jenama mewah terkenal di Milan bulan lalu.

Selepas itu, hubungan mereka dikatakan berkembang mekar dan sering dilihat meluangkan masa bersama-sama di restoran mewah serta pantai.

Terus diasak persoalan netizen, agensi Jae-wook, C-jeS Studio mengeluarkan kenyataan pihak mereka tidak tahu menahu dan kini dalam proses mengesahkan khabar angin tersebut dengan aktor itu. 

“Jujurnya, kami memang tidak tahu memandangkan itu hal peribadi artis tetapi kami sedang dalam proses mengesahkan sama ada khabar angin ini benar atau sebaliknya.

“Segala maklumat akan kami kemas kini dari semasa ke semasa, sila bertenang dan jangan buat andaian bukan-bukan,” ujar wakil C-jeS Studio. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok