Kuat tidur petua Song Ji-hyo kekal cantik, muda

KEKAL jelita dan awet muda meskipun sudah mencecah usia 40-an, pelakon Song Ji-hyo l tiada rahsia, namun hanya menjaga waktu tidur.

Ujar aktres berusia 43 tahun itu, jadual kerjanya sememangnya padat tetapi dia akan mencuri masa untuk tidur sama ada dalam perjalanan ke set penggambaran mahupun ketika masa rehat.

“Saya tiada rahsia, saya memang suka tidur dan mungkin disebabkan itu saya nampak muda.

“Sebagai pelakon, memang kena pandai cari masa. Waktu rehat ketika sedang ‘shooting’, memang saya akan tidur.

“Bila bangun nanti, wajah dan mood saya lebih segar serta bertenaga untuk menjayakan babak seterusnya,” katanya dalam satu rancangan temu bual.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok