Kritik kadar kelahiran negara rendah, Min-hyuk disuruh diam!

TINDAKAN berani penyanyi Lee Min-hyuk mempersoalkan kadar kelahiran di Korea Selatan yang menunjukkan penurunan meskipun ramai mendirikan rumah tangga mengundang kemarahan khalayak.

Malah, pandangan anggota kumpulan BTOB itu mengenai sikap rakyat Korea Selatan yang enggan memiliki zuriat diselar banyak pihak.

“Buat rakan-rakan yang sudah berkahwin, tolonglah naikkan kadar kelahiran negara ini,” tulisnya dalam Instagram miliknya.

Tidak hanya dengan saranan sedemikian, idola berusia 34 tahun itu juga menyifatkan pasangan yang berkahwin dan memiliki ramai anak sebagai golongan berjasa kepada negara.

“Enam daripada lapan rakan saya sudah berkahwin dan ada antara mereka yang sudah mempunyai tiga anak.
“Pastinya mereka sudah berjasa kepada negara kerana meningkatkan kadar kelahiran,” luahnya lantang.

Susulan itu, rata-rata netizen menyifatkan penyanyi itu sebagai kurang ajar dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Siapa kamu mahu tentukan berapa orang anak perlu ada, kamu bagi duit setiap bulan untuk beli susu? Kenapa nak kena ajar orang lain tentang perkara ini?” komen netizen.

“Diamlah! Pendapat sampah kamu tidak penting untuk kami,” demikian komen seorang lagi netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok