270
DIAM-diam berisi, disangka bujang rupa-rupanya sudah beristeri. Itulah status sebenar pelakon Kim Sung-joo yang baru saja mendedahkan sudah berumah tangga dan memiliki seorang anak lelaki.
Rahsia tersebut terbongkar apabila kenalannya menghantar mesej dalam bentuk audio pada ulang tahunnya baru-baru ini dan dimainkan dalam sebuah program secara langsung.
Dalam ucapan terbabit, individu itu mahu memeluk anak lelaki Sung-joo kerana sudah lama tidak berjumpa. Sebaik berita terdedah, peminat mula berdebat mengenai status sebenar pelakon drama My Secret Terrius itu.
Enggan spekulasi berlarutan, pelakon berusia 30 tahun itu mengesahkan kini bahagia hidup sebagai suami dan bapa tanpa perincian lanjut.