Kim Sae-ron buka kelas lakonan

TERPALIT kontroversi apabila ditangkap memandu dalam keadaan mabuk, pelakon Kim Sae-ron pernah diboikot netizen.

Natijahnya, dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada industri seni Korea Selatan.

Hidup tanpa tawaran kerja lumayan seperti yang pernah diraih agak sukar buat Sae-ron.

Demi kelangsungan hidup, aktres tinggi lampai itu kini dilaporkan aktif membuka kelas lakonan kepada pelajar teater dan pelakon yang baru berjinak-jinak dengan dunia seni.

Menurut agensi Sae-ron, aktres terbabit menginsafi segala kesalahan dilakukannya, malah sentiasa dilihat termenung memikirkan hala tuju hidupnya dan mencari jalan untuk kembali diterima masyarakat.

“Dia mengajar empat ke lima orang pelajar teater dan beberapa pelakon tambahan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sae-ron banyak meluangkan masanya untuk merenung kesilapan lalu dan cuba memulakan semula kerjaya lakonannya.

“Meskipun berehat selama dua tahun, kita tidak tahu bila dia akan berpeluang membuat kemunculan semula dan diterima masyarakat,” ujar agensi tersebut,

Sebelum ini, Sae-ron didakwa atas pertuduhan melanggar Akta Trafik Jalan Raya memandu dalam keadaan mabuk pada Mei 2022 di Gangnam-gu, Seoul.

Ujian darah pelakon itu seterusnya dilakukan di hospital berdekatan dan disahkan bahawa tahap alkohol dalam darahnya ialah 0.2 peratus iaitu tahap yang memerlukan pembatalan lesen. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok