Ketipak Ketipung pula jadi siulan ramai

LAIN macam impak lagu raya tahun ini. Sepertinya itu yang berlaku ketika ini apabila beberapa lagu raya moden berjaya menambat hati ramai dan salah satunya ialah Ketipak Ketipung Raya.

Dinyanyikan oleh Aisha Retno dan Aziz Harun, lagu yang mempunyai elemen tradisional moden itu telah mendunia sehingga tular dalam media sosial sejak ia dilancarkan pada minggu lalu.

Rata-rata orang ramai mengakui lagu tersebut membawa kemeriahan tersendiri sempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Tidak kurang juga ada yang memuji lirik lagu ini yang dikatakan mudah ‘melekat’ dalam fikiran sehingga menjadi siulan ramai.

Dalam pada itu, pesohor media sosial yang juga usahawan, Khairul Aming turut mengakui lagu tersebut sentiasa terngiang-ngiang dalam fikirannya.

Lagu ketipak ketipung ini melekat dalam kepala, tolong,” coretnya menerusi aplikasi X.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok