Jungkook paling ‘laku’

MESKIPUN sedang sibuk menjalani latihan tentera, anggota BTS, Jungkook terus melakar kecemerlangan apabila lagu-lagu hitsnya telah melepasi 1 bilion penstriman dalam platform Spotify.

Dengan pencapaian itu, World Music Awards (WMA) mengangkatnya sebagai artis solo K-pop pertama meraih kejayaan terbabit. 

Dua lagu Jungkook berjudul Seven dan Left and Right masing-masing melepasi 900 juta strim menundukkan deretan penyanyi terkemuka seperti Ariana Grande, Sza dan Justin Bieber.

Selain itu, Jungkook mencipta rekod baharu sebagai artis solo Asia dengan lagu terbanyak melepasi 400 juta penstriman dalam Spotify.

Dengan semua kredit daripada akaun Spotify peribadinya, Jungkook mengumpulkan lebih 5.2 bilion penstriman mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai ikon muzik global. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok