Jungkook jadi tukang masak dalam kem

USAI tiga bulan menjalani latihan ketenteraan, anggota kumpulan BTS, Jungkook dilaporkan diberi tugas baharu iaitu sebagai tukang masak.

Menurut sebuah laporan, penyanyi berusia 27 tahun itu diberi tanggungjawab berkenaan kerana mempunyai kemahiran memasak yang tinggi sehingga juadahnya dipuji pegawai atasan.

Pada masa sama, pelantun lagu Seven itu juga memaklumkan sedang giat melakukan rutin harian, tidak pernah lupa bersenam, selain menjalankan tugas hakiki dalam kem.

Saya sedang bekerja keras, membersihkan kem hingga ke siling.

“Saya memasak dengan baik, ramai orang suka masakan saya, syukur,” tulisnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok