Joon-young keluar penjara

SELEPAS menjalani hukuman selama lima tahun akibat kesalahan jenayah seksual dan rogol, penyanyi Jung Joon-young kini dibebaskan daripada penjara.

Menurut laporan, penghibur berusia 35 tahun itu menjalani hukuman di sebuah penjara di Mokpo, Jeolla Selatan.

Ketika berjalan keluar dari penjara, lelaki tinggi lampai itu dilihat memakai pakaian serba hitam, selain mengenakan kaca mata hitam dan pelitup muka bagi menyembunyikan identitinya daripada diserbu wartawan.

Ketika ditemui media, Joon-young enggan menjawab sebarang soalan sebaliknya terus bergerak pulang menaiki sebuah kenderaan yang menantinya.

Pada 2019, Joon Young didakwa atas kesalahan jenayah kes rogol, merakam dan menyebarkan video seks tanpa kebenaran. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok