MAHU berkongsi rezeki, anggota kumpulan Blackpink, Jisoo memilih menyumbangkan semua keuntungan daripada saluran YouTube peribadinya kepada badan amal.
Menurut sebuah laporan, sumbangan tersebut diberikan kepada agensi Save the Children dan difahamkan bakal digunakan untuk mewujudkan hutan bakau di Ca Mau, Vietnam.
Selepas membuka saluran YouTubenya pada Januari 2023, Jisoo telah mengumpul 4.99 juta pelanggan dan meraih pelbagai keuntungan hasil daripada platform itu.
Rata-rata netizen memuji sikap murni idola jelita itu dan menyifatkannya sebagai selebriti berhati mulia.
“Mulia sungguh hati Jisoo, sebab itu dia disayangi ramai. Sikapnya yang suka menderma patut dicontohi selebriti lain,” komen netizen.
“Menderma tidak akan buat kita jatuh miskin, itu yang Jisoo pegang daripada dulu dan konsisten melakukannya,” kata seorang peminat.