Jihyo, pelumba skeleton Olimpik sah bercinta

PENYANYI kumpulan Twice iaitu Jihyo dikatakan hangat bercinta dengan pelumba skeleton Olimpik, Yun Sung-bin sejak setahun lalu.

Difahamkan, jarak kediaman mereka hanya mengambil masa lima minit dan saling mengunjungi rumah masing-masing.

sumber yang juga orang dalam industri, Jihyo dan Sung-bin berkenalan menerusi aktiviti kecergasan dan akrab selepas itu.

“Jihyo dan Yun Sung-bin sangat sukakan aktiviti sukan dan kecergasan.

“Sung-bin banyak membantu Jihyo ketika sesi latihan sehingga terbit rasa cinta antara mereka,” kata sumber. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok