Jennie pecah rekod lagi!

ANGGOTA kumpulan Blackpink, Jennie meraih satu lagi pencapaian luar biasa dalam platform Spotify menerusi lagu One Of The Girl yang mencatat 600 juta penstriman.

Kejayaan tersebut sekali gus meletakkan Jennie sebagai penyanyi solo wanita K-pop pertama yang meraih pencapaian tersebut.

Menurut data Spotify, pencapaian tersebut diperoleh berkat daripada kestabilan luar biasa, apabila mengumpulkan antara 4 dan 5 juta strim harian sekali gus membolehkan lagu tersebut kekal dalam 10 tangga Teratas Global Spotify selama 72 hari.

Kejayaan idola berusia 28 tahun itu turut membuktikan bahawa pengaruh muziknya adalah bertaraf mega dan bukanlah sekadar jaguh kampung.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok