Jennie ‘kantoi’ tanak nasi jadi bubur

GAGAL menanak nasi sehingga lembik menjadi bubur, kemunculan dan celoteh anggota kumpulan Blackpink, Jennie menerusi program realiti Apartment 404 mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi salah satu babak dalam rancangan tersebut, idola berusia 29 tahun itu dengan yakinnya menawarkan diri memasak nasi untuk dihidangkan buat semua artis yang hadir.

Ketika dalam keadaan huru-hara menanak nasi, tindakan pelantun lagu Solo itu membasuh beras dengan cara memerah beras tersebut ternyata mengundang gelak tawa tetamu jemputan dan seluruh tenaga produksi.

Serba serbi tidak menjadi, Jennie terkedu apabila nasi dimasaknya itu menjadi bubur dan tidak boleh dimakan selain enggan memperlihatkan kepada orang ramai.

“Alamak, tak boleh guna, tak menjadi pula nasi saya tanak kalini,” katanya tersipu malu.

Susulan itu, video tersebut telah tular dalam media sosial dan rata-rata netizen mendakwa wanita kecil molek itu sebenarnya tidak pandai memasak namun terhibur dengan keyakinan menggunungnya.

“Apa dia cuba buat itu? Kenapa perah beras, itu bukan santan. Lawak betul Jennie ni, tetapi dia yakin sahaja nak buat, itu yang kita patut puji,” demikian komen seorang netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok