Jay Park ‘lucut’ status selebriti berlari 10km

MENGAGUMKAN apabila penyanyi Jay Park menyertai acara larian 2024 Seoul Marathon pada 17 Mac lalu.

Difahamkan, kehadiran penyanyi rap itu tidak diketahui umum termasuk pihak penganjur walaupun bergelar selebriti terkemuka.

Pemilik nama sebenar Park Jae-beom itu juga dilihat bergaul dengan peserta lain dalam acara terbabit.

Menariknya, dia berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer dalam catatan masa 47 minit 49 saat.

Usai acara, Jay Park membantu kru membersihkan kawasan larian dan khemah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok