Hidup dipermudahkan jika bantu suami – Diana Danielle

Hidup dipermudahkan jika bantu suami.”

Itu pandangan pelakon Diana Danielle mengenai isu yang hangat diperdebatkan ramai ketika ini iaitu wajarkah isteri membantu suami bagi meringankan beban kewangan.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata demikian selepas seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila pasangan hidupnya berselingkuh meski dia membantu membayar komitmen bulanan.

Mudah sahaja sebenarnya. Nak bantu, bantulah kalau tidak mahu, sudah.

“Apa sahaja kita buat, timbangan pahala dapat juga kepada kita dan apa pasangan buat, itu timbangannya.

Jangan sebab kita baca kisah orang lain, kita akan jadi keras hati sedangkan sebenarnya hidup kita dipermudahkan selama kita bantu suami dalam cara yang tidak nampak,” katanya menerusi ciapan X.

Menjengah ruangan komen, ramai bersetuju dengan pendapat ibu kepada dua cahaya mata itu sehingga mendapat 2,500 ulang siar (repost).

“Setuju. Dulu selepas kahwin tolong suami bayar separuh hutang dan sekarang rezeki dapat beli rumah sendiri,” kata netizen.

“Jangan bila sudah buat tidak reda. Sia-sia sahaja, duit habis pahala pun tercicir,” ujar pengguna X lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok