Hebat! Anak Adira ‘catwalk’ di Bangkok April ini

SERING menghiburkan orang ramai dengan keletahnya dalam kandungan video, anak kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Anggerek kini bergelar model cilik.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, teruja apabila anak sulungnya itu terpilih mewakili Malaysia bagi menjayakan Bangkok Kids International Fashion Week pada 27 April nanti.

Awak layak menerima tawaran tersebut selepas pelbagai usaha dilakukan. Tahniah kakak sayang.

“Ami (nama panggilannya) akan sentiasa ada belakang awak. Terbang lebih tinggi sayang,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Menjengah ruangan komen, ramai rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah buat si cilik itu termasuk Mila Jirin, Catriona Ross dan Erissa Puteri.

Bangkok Kids International Fashion Week merupakan pertunjukan fesyen terbesar dunia yang menjadi batu loncatan kepada ramai kanak-kanak untuk mencipta nama sebagai model antarabangsa.

Selain Malaysia, negara lain yang turut menyertai acara itu adalah Jepun, Thailand, Filipina, Amerika Syarikat, Vietnam dan Indonesia.

Difahamkan, acara terbabit bakal berlangsung selama dua hari dengan penyertaan ramai pereka fesyen terkenal. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok