Hafreez sapa saya dahulu, kami profesional – Zara Zya

LIMA tahun tidak bersua muka, pelakon Zara Zya mengakui terkejut apabila bekas tunangnya, Hafreez Adam menyapanya pada majlis pelancaran program Ramadan Astro, semalam.

Menurut pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, itu, sebelum ini  dia dan Hafreez langsung tidak pernah bertemu dalam mana-mana acara selepas ikatan pertunangan mereka terlerai pada 2019.

Sejak putus tunang, kami tak pernah langsung berjumpa dalam mana-mana program. Bukan mengelak tetapi memang acara yang kami hadiri adalah berbeza.

“Namun, hari ini (semalam) buat pertama kalinya kami bertemu di acara ini. Selepas bergambar beramai-ramai, dia ada bertemu saya, bertanya khabar dan itu sahaja, terkejut jugalah,” katanya kepada HibGlam.

Dia yang popular menerusi drama Pia menegaskan hubungannya dengan Hafreez hanyalah atas dasar profesionalisme dan tidak pernah menyimpan dendam antara satu sama lain sejak putus tunang.

Kami profesional dan tiada isu antara satu sama lain.

“Benda yang lepas biarkan berlalu. Kami berpisah pun bukan kerana isu besar tetapi masing-masing ada jalan sendiri,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia  tidak menolak sekiranya ada tawaran lakonan yang memerlukan dia dan Hafreez bergandingan.

Bagi saya, tiada masalah bekerjasama dengan Hafreez kalau semua itu dilakukan atas dasar kerja.

“Sebelum ini ada juga tawaran untuk kami bekerjasama dalam drama tetapi tak dapat buat sebab kekangan masa,” katanya lagi.

Terdahulu, dua pelakon itu mula rapat sejak membintangi drama Mona Lisa sekitar 2017 dan mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019.

Namun, sebulan kemudian Hafreez mengesahkan hubungannya dengan Zara sudah berakhir pada November 2019 tanpa mengulas lanjut apa sebenarnya yang berlaku antara mereka – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok