Giliran Woo Jin-young jalani latihan tentera

Bakal menjalani latihan wajib ketenteraan Korea Selatan pada 4 Mac nanti, penyanyi Woo Jin-young mengakui sangat teruja berkhidmat untuk negara tetapi masa sama sedikit sedih kerana terpaksa meninggalkan peminatnya.

Begitupun, jejaka berusia 27 tahun itu berharap agar peminatnya sentiasa menyokong kerjaya dan karya seninya meskipun selepas ini mungkin jarang membuat siaran langsung untuk beramah mesra dengan peminat.

“Kalian (peminat) mungkin terkejut dengan berita ini tetapi sebagai anak muda Korea yang bersifat patriotisme, saya akan menjalani latihan ketenteraan sebaik mungkin.

“Saya janji akan kembali dengan jati diri yang lebih baik dan matang. Teruskan menyokong saya meskipun saya tidak dapat bersama kalian semua. Saya sayang kalian,” ujarnya menerusi hantaran dalam Instagram. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok