Fazura, Fattah ‘angkut’ Fatima

JIKA anda peminat drama popular Hero Seorang Cinderella (HSC) yang ditayangkan sekitar tahun 2017, pastinya kehadiran musim kedua bakal membuatkan ramai teruja.

Drama arahan Hadith Omar tersebut masih mengekalkan Fazura dan Fattah Amin sebagai pelakon utama.

Istimewanya, untuk musim kedua ini ialah, HSC2 bakal menampilkan puteri pasangan tersebut iaitu Nur Fatima Aisya menerusi watak Aysha.

Bagi musim kedua, Tengku Ian (Fattah) dan Nura Medina (Fazura) dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel dan cedas, Aysha (Fatima).

Namun, kesibukan kerja menjadikan hubungan Ian dan Nura semakin renggang. Dalam usaha untuk mencari kembali kebahagiaan dan romantis rumah tangga, satu per satu ujian datang menimpa sehingga mengancam nyawa.

Drama yang bakal mula bersiaran 17 Mac, setiap pukul 9 malam itu turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Erysha Emyra, Evertts Gomes dan Isyariana. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok