IBU bapa ada hak untuk bawa anak mereka ke mana sekali pun.”
Demikian antara sindiran halus pelakon Fatin Afeefa buat ibu bapa yang berdegil membawa anak-anak kecil dan menggunakan kereta sorong bayi sehingga mengganggu pengunjung bazar Ramadan lain.
Bagi pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, itu, setiap ibu bapa berhak membawa anak mereka ke mana-mana lokasi namun harus memikirkan risiko terhadap kanak-kanak itu.
Biarlah anak kecil bersesak-sesak, kepanasan, berpeluh, terdedah dengan virus dan sesak nafas bau asap di bazar.
“Kita yang sudah tua bangka ini pun sesak nafas apabila berhimpit dekat bazar.
“Namun, anda yang tiada anak mungkin tak akan faham,” katanya.
Meskipun begitu, ada pihak yang berpendapat kenyataan pelakon filem Tentang Bulan itu satu sindiran buat ibu bapa yang masih berdegil membawa anak-anak kecil ke bazar Ramadan.
Kali ini saya setuju dengan Fatin. Tak sanggup melihat kanak-kanak bersesak dengan orang ramai, boleh sesak nafas.
“Fatin sindir ke? Tetapi betul apa yang Fatin cakap. Tak perlu bawa anak di lokasi sebegitu, lebih baik tinggal di rumah sahaja,” komen netizen. – HIBGLAM