Doa buka puasa versi Mierul Aiman, buat wanita keruan!

KALAU sudah namanya Mierul Aiman, semua yang dilakukannya pasti akan viral dalam media sosial.

Terbaharu, videonya membaca doa buka puasa turut tular sehingga membuatkan ramai peminat wanita tidak keruan.

Segelintir peminat wanita menyifatkan Mierul membaca doa dengan penuh karisma dan ada yang turut menyamakannya dia seperti watak Mail dalam animasi Upin Ipin.

“Mierul ucap selamat berbuka pun sudah buat senyum tersipu-sipu.

“Mana nak beli suara Mierul? Lain macam sedap di telinga,” kata netizen dalam ruangan komen video yang sudah mencecah lebih 100,000 tontonan itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok