Dilabel tidak bermoral, Hyunjin digesa berundur

TERPALIT pelbagai kontroversi termasuk didakwa menjadi pembuli di sekolah, segerombolan peminat membuat protes di hadapan bangunan JYP Entertainment menggesa anggota kumpulan Stray Kids, Hyunjin meninggalkan kumpulan tersebut.

Lebih teruk, idola berusia 24 tahun itu didesak tidak lagi membuat kemunculan dalam industri seni kerana tidak bermoral dan dibimbangi memberi pengaruh buruk kepada umum.

Senada penunjuk protes, netizen dalam media sosial juga meminta JYP membuat menyelidik latar belakang artis sebelum diikat kontrak.

Saya rasa kumpulan itu boleh menjadi lebih besar dengan imej positif jika bukan kerana Hyunjin, dia telah merosakkan segalanya, mohon JYP ambil tindakan sepatutnya,” komen netizen.

“JYP memang tak kaji dulu ke latar belakang idola? Main ambil sahaja, kesannya beginilah, bukan ke hadapan kerana bakat tetapi kontroversi murahan,” demikian komen seorang pengguna media sosial. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok