Debaran AJL38: Aisha, Aina atau Amir?

SELEPAS setahun, akhirnya pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kembali.

Malam ini, seramai 12 komposer dan penyanyi akan bertanding bagi merebut trofi AJL38 malam ini.

Seperti biasa, pasti akan ada lagu yang diramalkan menjadi juara seperti Jangan Mati Rasa itu nyanyian Aina Abdul, Sutera (Aisha Retno) dan Hasrat (Amir Jahari).

Tiga lagu itu dikatakan cukup kuat untuk berada di tiga tangga teratas namun ada juga berpendapat Santai (Faizal Tahir/Naqiu) dan Inilah Jalannya (Masdo) ada potensi untuk menang AJL38.

Sengit juga tahun ini ya ditambah pula dengan perebutan trofi Vokal Terbaik antara Aina, Marsha dan Ernie. Tiga penjuru!

Namun, tidak boleh juga nafikan kehebatan lagu-lagu lain yang mungkin kita sendiri tidak akan sangka kalau tiba-tiba dinobatkan sebagai juara.

Harapnya, AJL tahun ini bersih daripada sebarang kecaman ya, janganlah muncul dengan imej grafik merepek seperti tahun sebelum ini.

DIVA: Jurukamera AJL pun harap belajar daripada kesilapan dan jangan ambil ‘shot’ yang bukan-bukan!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok