Bum-soo, isteri bakal berpisah

PELAKON Lee Bum-soo dan isterinya iaitu Lee Yoon-jin bakal melalui proses mediasi perceraian tidak lama lagi.

Proses mediasi dijalankan selepas kedua-dua pihak masih tidak menemui jalan penyelesaian berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Difahamkan, pasangan itu tidak lagi tinggal bersama dan anak perempuan mereka pula dijaga Yoon-jin di Bali, Indonesia.

Manakala, aktor yang popular dengan drama Giant itu tinggal bersama anak lelakinya di Seoul, Korea. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok