Bradley Cooper gemar berbogel, mandi sekali dengan bapa

PELAKON ternama Hollywood, Bradley Cooper tidak kisah mundar-mandir dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang kerana itu merupakan gaya hidupnya.

Pelakon dan pengarah filem Maestro itu mendedahkan, perkara tersebut adalah kelaziman dirinya sedari kecil bersama bapa kandungnya, Charles Cooper.

Saya selesa berbogel tanpa seurat benang di rumah. Saya memang selalu begitu.

“Bapa saya selalu berbogel di rumah dan saya akan mandi sekali bersamanya. Bukan dengan ibu tetapi dengan bapa,” dedahnya dalam sebuah audio siar Bradley Cooper Returns, Armchair Expertwith Dax Shepard.

Ditanya sama ada di berasa selesa berbogel di rumah, Cooper berkata, tiada sebab untuk dirinya berasa tidak selesa.

“Dan, anda agak selesa berbogel di rumah?,” soal Shepard.

Totally! (semestinya!),” jawab pelakon yang kini digosipkan bercinta dengan supermodel terkenal, Gigi Hadid itu penuh keyakinan.

Ditanya tentang bagaimana pula dengan cara dia melayani anak perempuannya, Lea, berkenaan situasi sama terbabit, Cooper berkata, dia selalu berborak dengan anak perempuannya itu ketika dirinya sedang buang air besar.

“Bilik tidur saya, tab mandi dan tandas, semua dalam satu ruang yang sama.

Kami akan bercakap (berborak) kalau saya sedang buang air besar. Itu benda biasa,” dedahnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok