Bertahun-tahun ibu alami kegelisahan – Aisyah Aziz

PENYANYI yang juga adik kepada selebriti sensasi Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz mengakui menjadi saksi pengorbanan ibu mereka sepanjang berdepan kemelut kontroversi membabitkan abangnya sejak beberapa tahun lalu.

Aisyah mendedahkan ibu tercinta, Siti Hafiza Basharahil bukan sahaja terpaksa menelan segala kecaman netizen bahkan berdepan kegelisahan sehingga menganggu waktu tidurnya.

Saya tahu pengorbanan ibu. Saya ingat kesemuanya dan semoga Allah membantu saya untuk tidak melupakannya.

“Kegelisahan lewat malam terpaksa ibu tanggung selama bertahun-tahun,” tulisnya menerusi ruangan komen dalam hantaran ibunya.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Aisyah Aziz, 29, itu, meski pedih ibunya kental mendepani segala dugaan yang hadir malah memiliki sikap sabar yang tinggi demi kasih terhadap anak.

Bukan itu sahaja, wanita separuh usia itu juga dikatakan berlapang dada menerima apa yang berlaku walaupun pada awalnya dia seakan-akan tidak dapat menerima hakikat.

Ibu juga membuktikan kepada saya bahawa perubahan bermula daripada kesanggupan dan kesediaan untuk berada dalam ruang yang tidak selesa adalah hanya kerana Allah dan cinta,” ujarnya.

Sejak anak sulungnya itu terjebak kes khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu, Hafiza banyak berkongsi kata-kata penuh makna mengenai kehidupan.

Namun, ruangan komen Instagram Hafiza menjadi sasaran mereka yang tidak berpuas hati terahadap Aliff yang terpalit pelbagai kontroversi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok