Bella Astillah bukan lagi pelakon drama Terjerat

PELAKON Bella Astillah dipercayai telah menarik diri daripada membintangi drama Terjerat yang kini masih menjalani penggambaran.

Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, namun posting terbaharu di Instagram miliknya seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.

“Assalamualaikum. Cerita semalam, terima kasih Datuk Sri Jaspal, terima kasih kerana memahami.

“Panjang umur dan ada rezeki , kita bekerjasama lagi,” tulis Bella sebentar tadi.

Mengesahkan lagi penarikan dirinya daripada drama yang turut dibintangi suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies apabila Bella memuat naik gambar bersama penerbit drama Datuk Sri Jaspal Singh daripada Orangetree Production Sdn. Bhd.

Selain itu, Bella turut memuat naik tangkap layar namanya telah dikeluarkan daripada group WhatsApp senarai pelakon drama berkenaan.

Rata-rata pengikut Bella menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila ibu kepada dua cahaya mata itu dikeluarkan daripada senarai pelakon.

Namun, ada juga peminat memahami tindakan Bella meminta untuk menarik diri kerana enggan terus bekerjasama dengan Ruhainies.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu lalu di sebuah kondo mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok