Bawa mengucap, kau tak takut seksa kubur? – Nazrief Nazri

SAYA nak cium sesuatu benda boleh tapi jangan marah.”

Demikian mesej menjijikkan daripada individu dipercayai lelaki kepada pelakon dan konsultan kewangan, Nazrief Nazri menerusi aplikasi Whatsapp, baru-baru ini.

Tidak berdiam diri, pelakon berstatus suami orang itu terus menempelak pengirim terbabit, selain menitipkan peringatan  mengenai azab kubur.

Pemilik nama lengkap Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 33, itu tidak menyangka masih ada orang berani melakukan gangguan seksual pada bulan Ramadan

Gersang pula, puasa pun ada lagi syaitan terlepas,” tulisnya dalam perkongsian di Instagram Story.

Malah, dalam hantaran sama Nazrief mendedahkan hajat lelaki terbabit untuk mencuba nasib terbantut selepas diberikan amaran keras.

Terus tak balas (mesej) lepas kena tazkirah. Kau tak puasa? Bawa-bawa mengucap sikit.Tak takut seksa kubur ke,” balasnya.

Terdahulu, pelakon filem Seratus itu berkongsi paparan mesej diterima yang pada awalnya bertanyakan mengenai butiran kad insurans kesihatan.

Namun, selepas itu perbualan individu terbabit menyimpang daripada tujuan asal dengan menyebut perkara tidak senonoh.

Bahkan, daripada tangkap layar perbualan mereka, jelas percubaannya untuk berbual dengan Nazrief menerusi panggilan Whatsapp tidak dilayan pelakon terbabit.

Nazrief yang bergelar suami kepada model Aizatul Aqma Hamdan sejak lebih empat tahun lalu itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Noah, 3. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok