Cuba jaga pandangan dan lisa, takut nanti puasa jadi sia-sia sahaja. “
Demikian teguran pelakon Aprena Manrose buat segelintir individu yang ‘berpesta’ mengkritik secara terbuka kontroversi membabitkan anak seni mutakhir ini.
Menurut Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, sepatutnya pada bulan Ramadan orang ramai berlumba-lumba melakukan amal ibadat dan bukannya melemparkan kata-kata pedas yang memburukkan lagi keadaan.
Saya nak tegur sikir boleh? Bila saya terbaca komen hantaran dalam media sosial, seram betul dengan ayat-ayat netizen terpaling tahu semua benda.
“Ya Allah, sekarang kan bulan Ramadan bulan yang mulia. Lebih baik fikirkan amalan kalian daripada sibuk jaga tepi kain orang,” katanya dalam Instagram.
Selain itu, adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu turut berkongsi tip mengelak menjaga tepi kain orang demi hidup lebih tenang.
Nak bagi tip, tambahlah amalanmu dengan membaca al-Quran.
“Ada faedahnya juga, hati pun tenang. Sebenarnya saya cakap ini pun untuk peringatan diri sendiri,” tuturnya lagi.
Semakan HibGlam menerusi ruangan komen mendapati rata-rata pengikut bersetuju dan menyokong kenyataan Aprena.
“Betul! Seram sangat komen-komen netizen. Bersyukur tidak ditakdirkan menjadi artis,” kata seorang pengikut. -KOSMO! ONLINE