Anna Jobling reka baju raya kucing

PELAKON Anna Jobling gembira apabila masih diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap jenama pakaian raya untuk kucing, DD Cat.

Menurut Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, sebagai pencinta haiwan, dia juga berbesar hati kerana terlibat secara langsung dalam rekaan, pemilihan warna dan fabrik untuk koleksi baju raya kucing 2024.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan haiwan terutama kucing. Saya selalu inginkan yang terbaik untuk kucing-kucing saya.

“Koleksi baju raya kucing DD Cat pada tahun ini menampilkan lapan pilihan warna yang segar.

Apa yang menarik, pencinta kucing boleh memilih sama ada baju Melayu, baju kurung atau kebaya untuk kucing kesayangan mereka,” katanya.

Pada masa sama, pelakon Melur Untuk Firdaus itu turut melahirkan rasa gembira apabila koleksi raya kucing yang dikeluarkan bermula pada tahun lalu, mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei dan Singapura.

“Tahun lalu, sebanyak 15,000 helai koleksi baju raya kucing DD Cat terdiri daripada baju Melayu, kurta, kurung dan kebaya terjual bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Kerana sambutan luar biasa, tahun ini DD Cat telah menghasilkan sebanyak 25,000 helai baju raya kucing,” katanya.

Bercakap tentang kelebihan koleksi yang dihasilkan, Anna berkata semua rekaan menampilkan songket berkualiti tinggi.

Manakala koleksi baju kurung dan kebaya kucing DD Cat pula menggunakan fabrik songket dan como crepe polos dengan perincian renda French Lace yang elegan.

Bahkan, disebabkan sambutan yang menggalakkan menjadikan baju raya kucing oleh DD Cat boleh dijadikan pendapatan sampingan untuk ejen yang mahu menambah rezeki ketika Ramadan dan Syawal.

“Untuk tahun 2024 ini, DD Cat mahu berkongsi rezeki dengan membuka peluang kepada ejen dan untuk turut serta dalam perniagaan baju raya kucing DD Cat,” katanya

Koleksi baju raya kucing DD Cat boleh didapati melalui pembelian dalam talian seperti di Shopee dan Tik Tok @ddcathq bermula pada 4 Mac 2024. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok