17 Mac, Alhamdulillah Lil Cappy (panggilan anak) selamat dilahirkan. Salam Malaysia.
Demikian perkongsian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan Caprice yang menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya semalam.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram yang memaparkan dia sedang mendukung bayinya yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan Farra Inalis.
Terima kasih untuk semua doa dan ucapan tahnian, saya baru sempat membacanya serta memberi makna besar dalam hidup kami.
“Syukur Alhamdulillah untuk segala-galanya,” katanya ringkas.
Caprice bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai jantina anak pertamanya itu kepada umum.
Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah kepada pelantun lagu Baby Sayang itu.
“Tahniah Caprice dan Farr, seronoknya timang anak pada bulan Ramadan.
“Alhamdulillah, semoga menjadi anak yang soleh. Selamat datang ke dunia ibu bapa,” komen netizen.
Terdahulu, Caprice mengumumkan isterinya hamil lima bulan pada September tahun lalu.
Sekadar info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2022.
Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinannya terdahulu. – HIBGLAM