Air mata Bella Astillah runtun emosi negara

ARTIS yang bercerai, ibaratnya satu Malaysia turut menitiskan air mata.

Sepanjang minggu ini, selain kemarahan membuak-buak terhadap Aliff Aziz dan Ruhainies, rasa simpati buat Bella Astillah turut membanjiri media sosial.

Paling membuatkan ramai terkesan sehingga sebak apabila Bella nekad memfailkan perceraian terhadap Aliff pada Isnin lalu.

Tangisan Bella di mahkamah ketika memberitahu dia enggan lagi bertahan dalam rumah tangganya selepas berulang kali memberi peluang membuatkan ramai mengalirkan air mata.

Rasa sebak teringat semula semua kecurangan Aliff sebelum ini. Kuatnya Bella boleh tanggung derita itu.

“Semoga Bella kuat dan anda layak mendapat lelaki lebih baik,” komen netizen.

Rentetan kes tangkap khalwat melibatkan Aliff dan Ruhainies, nama Bella turut trending dalam aplikasi X sejak beberapa hari lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok