Adira ajak tukang fitnah ‘paling tersakiti’ bersemuka

“AWAS ya! Lama saya diam. Jangan berani di belakang sahaja.”

Itu luahan lantang penyanyi Adira Suhaimi yang mencabar seorang individu untuk datang bersemuka dengannya jika benar-benar berani dan berada di pihak yang benar.

Berdepan fitnah kononnya dialah wanita ‘terpaling’ jahat, pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, sudah lama dia menahan sabar berdepan sikap manusia yang gemar berlakon menjadi mangsa keadaan.

“Kalau mahu cerita pasal saya yang ‘terpaling’ jahat, saya tak kisah tapi jangan lupa untuk cerita kejahatan kamu juga.

“Janganlah kamu sahaja yang ‘terpaling’ tersakiti, kamulah mangsa dan semuanya kamu sajalah.

“Awas ya! Lama saya diam. Jangan berani di belakang sahaja, kalau berani jumpalah saya depan-depan,” katanya dalam perkongsian TikTok.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi Takdir Tercipta itu memuat naik video memperlihatkan dirinya keluar dari sebuah kedai di pusat beli-belah sambil menjinjing kotak berupa barang permainan.

Perkongsiannya mengundang persoalan dalam kalangan pengikut yang tertanya-tanya identiti individu dimaksudkan.

Begitupun, rata-rata peminat yang meninggalkan komen meminta ibu kepada empat anak itu agar tidak menghiraukan individu toksik.

Terdapat juga komen mengaitkan situasi dilalui Adira mempunyai kaitan dengan hal rumah tangganya dengan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu yang kini dalam proses perceraian.

“Itulah, orang tak nampak ketika kita sabar, orang nampak kita ketika jadi jahat, jadi gorgon (gergasi),” tulis seorang netizen.

“Jalan terus, bahagiakan diri sendiri. Yang toksik jangan layan,” ulas pemilik akaun lain.

“Lawa-lawa macam ini lebih baik hidup sendiri dengan anak-anak lagi bagus. Mesti ada jodoh lain,” kata peminatnya.

Sebelum ini nama Adira hangat kembali selepas bertegas mahu meneruskan perceraian dengan suaminya, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok