5 lagu K-pop perkasa wanita

SEGELINTIR individu menggunakan lagu sebagai ‘ubat penenang’ dan medium memulihkan kesihatan mental.

Alunan melodi indah dikatakan boleh meredakan perasaan berkecamuk yang dihadapi individu terutama wanita berjiwa sensitif.

Lagu serta lirik yang dianggap berkaitan seseorang dapat membantu individu meluahkan perasaan sama ada dalam keadaan gembira mahupun sedih.

Kali ini, Daebak senaraikan lima lagu yang dihasilkan bagi membantu wanita bangkit semula.

Solo (Jennie)

It is better to be alone than in bad company (lebih baik bersendirian daripada bergaul dengan orang tidak baik)”

Demikian bait lirit single pertama Jennie berjudul Solo yang menyentuh mengenai kehidupan bersendirian jauh lebih baik daripada berteman.

Solo membuka mata pendengar tentang kebaikan menjauhi hubungan toksik buat wanita bujang jika mahu hidup bahagia.

Woman (Boa)

Berdasarkan tajuk lagu, pasti ramai sudah dapat menjangkakan inti pati karya dendangan Boa.

Menerusi single yang dilancarkan pada 2018 itu , Boa atau nama sebenarnya, Kwon Bo-ah mengungkap hakikat kehidupan sebagai wanita.

Bait liriknya mengangkat perihal kecantikan dalaman setiap wanita.

Dia turut memaklumkan mahu menghasilkan lagu terbaik bagi membantu wanita membina semula keyakinan diri.

Sebagai  rekod, Woman bukan lagu pertama menyaksikan Boa menggunakan pengaruhnya sebagai bintang terkemuka untuk membawa perubahan sosial.

I Am The Best (2NE1)

Lagu I Am The Best nyanyian 2NE1 menyeru pendengar meraikan kejayaan dan kekuatan diri.

Bait-bait lirik dalam korus iaitu I am the best (saya yang terbaik) memberi penekanan terhadap keyakinan diri.

Pada bahagian prakorus pula menerangkan proses persediaan diri untuk menonjolkan keyakinan serta gaya peribadi.

Setiap mesej dalam lagu tersebut berunsurkan pemerkasaan wanita serta rasa cinta terhadap diri sendiri dengan fokus kepada kecantikan, gaya dan kebolehan diri.

I.O.I (Dream Girls)

KUMPULAN I.O.I melancarkan lagu Dream Girls sekitar 2016 sekali gus menjadi debut rasmi mereka.

Menerusi tajuknya sahaja menunjukkan Dream Girls menggalakkan wanita mencintai diri dan berjuang menggapai impian.

Menerusi karya tersebut, I.O.I juga mahu pendengar percaya pada diri  sendiri dan tidak berputus asa sehingga memiliki apa yang diimpikan.

Twenty-Three (IU)

LAGU Twenty-Three nyanyian IU adalah sebuah satira merujuk kepada kehidupan penyanyi Korea berusia 23 tahun itu.

Lirik lagu tersebut seakan membincangkan tekanan menjadi wanita yang bergelut memilih antara zaman kanak-kanak dan dewasa.

Liriknya turut mencerminkan pemikiran dan emosi mendalam penyanyi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok