USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri ‘naik hantu’ selepas komposer, Amy Ukays enggan lagi bekerjasama dengannya untuk menghasilkan lagu raya bersempena Aidilfitri yang bakal tiba.
Sambil menahan kemarahan, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, dia tidak hairan jika Amy enggan lagi bekerjasama dengannya kerana mendakwa terdapat ramai lagi komposer lain yang berebut mahu menghasilkan lagu raya untuknya.
“Kau tak nak buat lagu aku, satu komposer pergi, sejuta yang datang! Melambak di Malaysia (komposer) yang nak buatkan lagu aku. Tak payah kecoh-kecoh,” kata Aliff.
Aliff percaya, keengganan komposer itu menghasilkan lagu raya untuknya disebabkan rasa cemburu kerana yakin memiliki suara yang sedap, selain turut menganggap dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara.
“Aku telefon tanya ‘offer’, kau nak buat, alhamdulillah. Kau tak nak buat, tak payah kecoh-kecoh. Aku tahu sebenar kau cemburu sebab suara aku sedap.
“Sebab ramai komposer di luar sana nak buat lagu aku,” dakwanya.
Dalam video sama, turut kelihatan anak keempat Aliff iaitu Yusoff Al Qardawi yang turut mengakui bapanya sebagai penyanyi ‘nombor satu’ negara.
“Abah saya artis nombor satu, jangan main-main,” kata anaknya.
Pada masa samna, bapa kepada enam cahaya mata itu akan membuktikan kepada Amy bahawa lagu Aidilifitri nyanyiannya akan menjadi ‘trending’ selepas dihasilkan oleh komposer lain.
“Saya akan buktikan dekat awak, saya tidak ambil awak sebagai komposer pun lagu saya akan trending,” tegasnya.
Terdahulu, Amy atau nama sebenarnya Azmi Hassan menegaskan untuk tidak lagi menghasilkan lagu raya untuk Aliff selepas mendakwa lelaki itu suka bersikap lupa diri.
Antara lagu raya yang pernah dihasilkan Amy untuk Aliff termasuklah, La La Raya, Kelepok Raya dan Cak Cun Cak Raya.
Amy kini memilih untuk bekerjasama dengan usahawan dan artis lain serta fokus terhadap pembikinan lagu Aidilfitri Ukays Reborn. – HIBGLAM
View this post on Instagram