[VIDEO] Kalau Fatima mahu jadi pelakon, saya sokong – Fazura

JIKA itu minatnya, saya sokong apa sahaja yang dia mahu lakukan.”

Itu kata pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang tidak akan sesekali menghalang minat dan keinginan anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya mengikut jejak langkahnya serta suami, Fattah Amin bergelar pelakon.

Bagaimanapun, Fazura, 41, mengakui risau apabila memikirkan cabaran dan dugaan yang perlu dilalui Fatima apabila terjun dalam industri hiburan suatu hari nanti.

Sejujurnya bidang seni ini bukanlah kerjaya mudah dan seindah seperti yang disangka. Saya risau sebenarnya jika Fatima terbabit dalam bidang seni suatu hari nanti.

“Pelbagai onak duri dan cabaran yang perlu dia lalui nanti,” kata Fazura kepada HibGlam.

Pun begitu, pelakon filem Pisau Cukur itu percaya Fatima boleh menempuhi cabaran tersebut memandangkan anaknya itu seorang yang kuat.

Saya rasa dia boleh berdepan dengan cabaran dalam bidang seni. Kalau saya ‘kak long’ (kuat), dia lagi kak long daripada saya.

“Fatima seorang anak yang kuat. Saya rasa dia boleh berdepan dengan cabaran dalam bidang seni,” ujarnya.

Bagaimanapun sebagai seorang ibu, Fazura yang ditemui semasa majlis pelancaran koleksi raya, Fazbulous Raya 2024 di sini, kelmarin tidak yakin boleh berdepan dengan kecaman netizen terhadap anaknya jika bergelar artis.

“Cuma saya takut tidak boleh berdepan dengan hentaman dan kecaman netizen terhadap Fatima apabila dia terbabit dalam bidang seni nanti.

Namun terpulang, saya sokong apa sahaja yang dia mahu lakukan. Sekarang pun saya sudah nampak minatnya dalam bidang seni.

“Fatima pun dah mula terbabit dengan iklan. Darah seni memang ada dalam dirinya. Pada masa hadapan, jika dia mahu berlakon sudah tentu saya akan sokong,” tutur Fazura.

Pada masa sama, Fazura turut berharap agar dia dan suami diberikan kesihatan yang baik supaya dapat membimbing puteri kesayangan mereka dalam bidang diceburi kelak.

Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok