NAMA bintang rap terkemuka dunia, Drake menjadi sebutan selepas sebuah video dipercayai dirinya melakukan perbuatan sumbang ‘membelai’ alat sulit bocor dalam media sosial.
Menerusi video tersebut, Drake atau nama sebenarnya, Aubrey Drake Graham dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam jet peribadinya.
Bagaimanapun, pelantun lagu Hold On, We’re Going Home itu sehingga kini masih belum memberikan sebarang kenyataan balas berhubung penularan video bocor tersebut.
Sejak 24 jam lalu, video tersebut menjadi ejekan dan bahan momokan dalam platform media sosial terutama aplikasi X.
Baru tahu kenapa Drake trending. Dia sememangnya memiliki ‘peluru berpandu’,” demikian antara komen nakal yang dimuat naik netizen.
Begitupun, ramai mempertikaikan kesahihan video terbabit yang berkemungkinan dipalsukan menggunakan teknologi deepfake ataupun kecerdasan buatan (AI) demi menjatuhkan kredibiliti lelaki berusia 38 tahun itu. – HIBGLAM