Tutup komen, kenapa dengan Nora Danish?

TIDAK tahu apa puncanya, pelakon Nora Danish dilihat tiba-tiba menutup ruangan komen dalam Instagram miliknya.

Diva mula sedar pelakon cantik berusia 41 tahun itu menutup ruangan komen dalam Instagram selepas melihat Nora ada memuat naik foto bersama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Rossa.

Bagaimanapun, bahagian komen pada hantaran tersebut telah ditutup oleh Nora. Diva turut mendapati pelakon itu turut menutup ruangan komen pada hantaran lain. Namun, tidak diketahui puncanya.

Mungkin sebab Nora nak berehat sebentar daripada membaca komen-komen menyakitkan hati yang ditinggalkan pengikutnya.

Apa yang Diva perasan, setiap hantaran yang dikongsikan Nora, pasti akan ada komen-komen ‘tarbiah’ yang ditulis netizen.

Diva pun kalau hari-hari kena serang dengan netizen, boleh mental dibuatnya. Apa-apa pun semoga Nora berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

DIVA: Isu Fatiya Latiff nampaknya sudah semakin reda. Netizen pun dah tak kisah sangat dan tak mahu ambil tahu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok