Tom Cruise kekasih anak ahli politik ternama Rusia?

KECOH dalam media sosial apabila bintang terkenal Hollywood, Tom Cruise dikatakan secara rasmi bergelar kekasih kepada sosialit yang juga anak ahli politik Rusia, Elsina Khayroya.

Menurut Daily Mail, berdasarkan sumber terdekat pasangan tersebut, mereka dalam proses mengenali hati budi dan pertama kali dilihat meluangkan masa bersama pada Disember lalu.

“Mereka yang rapat dengan Khayroya sudah lama mengetahui hubungannya dengan Cruise lebih daripada kawan.

“Hubungan mereka semakin serius dan sangat rapat sejak beberapa minggu lalu tetapi memilih untuk berhati-hati malah mengelak bergambar bersama demi menjaga privasi,” kata sumber kepada Daily Mail.

Dedah sumber itu lagi, hero filem Top Gun itu bermalam di rumah Eksina dan dilihat kerap meluangkan masa bersama-bahkan bermesra persis pasangan suami isteri.

”Mereka serasi bersama, saling melengkapi antara satu sama lain meskipun khalayak tahu Khayroya datang daripada keluarga berada.

“Walaupun berharta mereka melakukan perkara yang biasa dilakukan pasangan biasa dan tidak semestinya perlu sentiasa melibatkan belanja yang banyak,” jelas sumber itu.

Sebelum ini, nama Cruise dan Khayroya hangat diperkatakan apabila mereka dilihat menghadiri majlis makan malam amal sebagai tanda sokongan kepada Badan Amal Ambulans Udara London yang dihadiri Putera William sebagai tetamu kehormat.

Mereka juga meluangkan masa bersama di beberapa restoran paling eksklusif di London selain bersiar-siar di Hyde Park.

Sebagai rekod, Khayrova, 36, merupakan model sosialit dan anak kepada ahli politik terkemuka Rusia, Rinat Khayrov yang juga sekutu Vladimir Putin.

Dia juga pernah berkahwin dengan taikun berlian Rusia, Dmitry Tsvetkov namun berpisah pada 2020. Perceraian mereka menjadi sorotan ramai susulan kes harta sepencarian.

Sementara itu, Cruise, 61, pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa rakan selebriti lain seperti Shakira dan Hayley Atwell.

Pelakon Mission: Impossible itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Katie Holmes pada 2006 namun berpisah pada 2012.

Sebelum itu Cruise berkahwin dengan pelakon Nicole Kidman pada 1990 dan bercerai  11  tahun kemudian. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok