GELAGAT penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anaknya, Siti Aafiyah Mohd. Khalid membeli barang di pasar malam, baru-baru ini menjadi sorotan netizen.
Dua beranak itu dilihat santai menghabiskan masa meninjau gerai jualan di pasar malam di kampung penghibur kesayangan ramai itu di Kuala Lipis, Pahang.
Biar ramai pengunjung lain mengerumuninya, dia tidak kekok bahkan meneruskan aktiviti meninjau barangan termasuk membeli permainan pilihan anaknya di sebuah gerai.
Dalam sibuk membuat persiapan konsert awal bulan depan, sempat Siti atau lebih mesra disapa TokTi ‘curi’ masa balik kampung dan bawa anak gadis ronda pasar malam.
Memang seronok tengok gelagat mereka berdua pilih mainan selain sikap merendah diri bintang tersohor itu yang sentiasa membumi.
Rata-rata netizen memuji sifat Siti yang masih selesa dan tidak kisah berjalan-jalan membeli barang di pasar malam.
Mizz Lahar: Teringat sikap seorang pelakon yang tunjuk rasa geli makan di gerai.