Tiko memahami, teman BCL ziarah pusara Ashraf Sinclair

SUAMI bintang terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawandha meraih pujian ramai apabila menemani belahan jiwanya itu menziarahi kubur bekas suami, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Perkara tersebut sekali gus membuktikan rutin menziarahi kubur Ashraf di Tanah Perkuburan San Diego Hills masih diteruskan walaupun Bunga atau BCL sudah memulakan kehidupan baharu.

Sedikit demi sedikit, kami reda dengan kehilangan tetapi bukan rasa cinta,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat memuji sikap Tiko yang terbuka untuk menerima rutin pelantun lagu Cinta Sejati itu.

“Suaminya (Tiko) masya-Allah banyak pahalanya kerana menikahi seorang janda,” kata peminat.

“Alhamdulillah. BCL sudah dapat suami yang tepat, bahagia dan lebih penting adalah memahaminya,” ujar pengikut.

Pasangan itu bernikah dalam sebuah majlis tertutup di sebuah resort mewah di Bali dan hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja pada 2 Disember 2023.

Tiko yang juga merupakan seorang duda kepada tiga orang cahaya mata perempuan bercerai dengan bekas isteri pada 2021.

Terdahulu, BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Hasil perkahwinan dengan Ashraf, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok