PELAKON dan pempengaruh Norreen Iman mengakui tiada secebis rasa kesal apabila bertindak memadam semua gambar dalam instagram selepas bertudung sepenuhnya.
Norreen atau nama sebenarnya, Norreen Iman Abdullah berkata, walaupun berat untuk dirinya meninggalkan penampilan lama (tidak bertudung) namun itu semua tidak lagi menjadi keutamaannya sekarang.
“Daripada lebih 2000 hantaran kepada 300 sahaja. Itu semua terlalu banyak memori.
“Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” ujarnya menerusi hantaran dalam Instgram Story.
Ujar pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu lagi, dia menangis kerana terpaksa memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung namun percaya semua kesedihan tersebut akan berlalu pergi.
“Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaaan.
“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi tiada secebis rasa menyesal,” coretnya lagi.
Terdahulu, Norreen menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej memakai tudung baru-baru ini.
Walaupun masih tidak sempurna dalam menutup aurat, ramai mendoakan ibu kepada dua cahaya mata itu kekal istiqamah dengan penampilan baharunya. – HIBGLAM