Sungjoo sudah kahwin, bergelar bapa?

TIDAK sengaja terpasang pesanan suara daripada teman rapat yang bertanyakan keadaan anaknya ketika sedang bersiaran langsung dalam media sosial, anggota kumpulan Uniq, Sungjoo dikatakan bukan sahaja sudah berkahwin bahkan kini seorang bapa.

Pesanan suara daripada teman rapatnya itu mengandungi ucapan istimewa sempena hari lahir Sungjoo selain bertanyakan tentang keadaan anaknya. 

“Selamat hari lahir kawanku, adakah anak awak masih berjaga? Dia sihat-sihat sahaja kan? Izinkan saya bercakap dengannya sebentar.

“Pak cik sudah lama mahu memberinya pelukan, rindu sangat-sangat,” ujar kawannya itu.

Selepas mendengar pesanan suara itu, air muka lelaki berusia 30 tahun itu kelihatan berubah dan dengan segera menamatkan siaran langsung.

Susulan itu, tular pula sebuah video yang memperlihatkan latar belakang Sungjoo ketika menjalani penggambaran sebuah aplikasi video yang dipenuhi dengan mainan kanak-kanak sekali gus menguatkan lagi spekulasi tersebut. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok